Wednesday, November 25, 2009

- aidiladha -

Terima kasih pada yang menitipkan pesan.. juga pada yang mengucapkan salam sempena Aidiladha yang bakal menjengah.. terima kasih atas ingatan anda.. muah.. muah.. muah..

Pada kesempatan ni, sukacitanya saya ucapkan salam Aidiladha kepada semua.. moga kita sentiasa berada dalam keberkatan dan dilindungi payung kerahmatan dari-NYA.. insya-ALLAH..

Jumpa lagi.. *wave*

Thursday, November 19, 2009

- bercuti -

Untuk makluman, entri sebelum ni yang bertajuk 'masih emo lagi' terpaksa dipadamkan demi menjaga nama baik beberapa pihak yang khabarnya agak terasa dengan celoteh tersebut..

Walau bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa apabila saya mengunci mulut tak bermakna saya nak melancarkan perang dingin atau memulakan permusuhan dengan sesiapa.. selalunya saya mendiamkan diri kerana saya tak nak keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya - terutama ketika saya bukan dalam mood yang baik.. jadi.. untuk menjaga hati + perasaan semua orang yang ada di sekeliling, saya lebih suka membisu seribu bahasa.. lagipun bukankah diam tu lebih baik daripada mengeluarkan bicara yang tak sewajarnya?

Kepada mereka yang belum begitu mengenali saya, pesan saya: don't judge a book by its cover.. kalau tak kenal saya, jangan memandai-mandai nak buat cerita.. kat dunia ni, saya rasa tak ada seorang pun manusia suka hati kalau 1001 cerita tentang dirinya dicipta orang yang tak mengenalinya dalam erti kata yang sebenar walau memang dah lebih berpuluh-puluh tahun saling mengenali..

Apa pun.. saya tahu saya bukannya famous pun nak berlagak bagai.. saya sedar diri.. novel saya baru sebiji diterbitkan.. dan tak tahu pun lepas ni akan ada lagi ke tak novel saya yang diterbitkan.. saya tak layak pun dipanggil penulis, apatah lagi novelis.. saya hanyalah seorang pelajar yang masih belajar.. banyak lagi benda yang perlu saya pelajari.. sebab tu saya tak suka dedahkan diri sebagai Rania Firdaus.. takut nanti jadi riak sedangkan diri langsung tak berkelayakan.. na'uzubillah.. jadi.. cukuplah orang kenal saya sebagai saya sekarang ni saja.. yang tahu tu tak apalah.. tapi yang tak tahu tu tak perlu nak jadikan isu.. saya tahu.. saya sedar.. saya bukan siapa-siapa..

Sebelum pulang bercuti sakan di kampung, saya nak memohon maaf secara terbuka kepada semua orang yang pernah terasa + terkecil hati kat saya.. harap semua kesalahan saya, sama ada yang dilakukan secara sengaja ataupun tak sengaja, dimaafkan dengan seikhlas hati.. saya bukan seorang yang suka mencari musuh.. saya sukakan keamanan + kedamaian dalam hidup.. peace!

p/s: selamat bercuti!!!

Sunday, November 15, 2009

- ujian -

Setiap saat, saya mengingatkan diri sendiri bahawa semua yang sedang berlaku atas diri saya ni merupakan ujian dalam hidup semata-mata.. jadi saya kena sabar.. kena tabah.. kena redha..

Ikutkan hati, rasa macam nak balas dendam saja.. tapi.. sabar.. biar DIA saja yang membalas segala-galanya.. dan saya pun tak nak bermulut cabul.. walau sesekali ada juga terlintas dalam hati yang panas membara.. tapi setakat dalam hati sajalah.. saya tak nak lafazkan sebab takut nanti jadi doa.. sebab saya tahu dan saya yakin doa orang yang dizalimi merupakan salah satu doa yang dimakbulkan.. cukuplah masa zaman muda-muda dulu saya pernah termengeluarkan ayat "aku harap kau tak lulus exam" kat seseorang yang suka sangat buat saya panas hati dan akhirnya dia memang tak lulus exam walaupun setiap kali ujian dia merupakan top student kat sekolah.. sungguh.. masa tu saya tak tahu.. saya tak sangka.. menyesal sangat.. tapi terlajak kata mana boleh diundur lagi.. entah kat mana dia tu sekarang.. kalau dia baca entri ni, saya harap dia faham.. saya minta maaf.. masa tu saya langsung tak tahu janji-NYA tentang doa orang yang dizalimi.. dan sejak tu, saya nekad untuk tak bermulut lepas lagi.. cukuplah sekali.. walau tak disengajakan..

Jadi.. demi mengelakkan perkara-perkara yang tak sepatutnya, saya kena sentiasa sabarkan diri.. bak kata kakak sulung saya, hidup saya setakat ni memang cukup makan + pakai + duit.. alhamdulillah.. jadi mungkin DIA nak menduga saya dengan cara lain pula.. hmm.. dalam keluh-kesah dan rungutan, saya cuba tanamkan keyakinan.. DIA menguji berdasarkan kemampuan hamba-NYA.. jadi DIA tak akan sesekali membebani hamba-NYA dengan ujian-ujian yang tak tertanggung oleh hamba-NYA tu.. bermakna DIA tahu saya mampu mengharungi ujian ni.. insya-ALLAH.. saya cuba harungi semua ni dengan sebaik mungkin.. moga dipermudahkan segala urusan saya.. aminnn..

Dalam keadaan macam ni, sokongan keluarga sangat bermakna bagi saya.. mujurlah keluarga saya memang sentiasa memberi sokongan padu.. syukur sangat-sangat.. saya dan adik-beradik memang dididik untuk berkongsi semua benda dengan mak dan ayah.. pendek kata mak dan ayah kami tahu semua 1001 benda tentang kami.. sampaikan kadang-kadang saya rasakan mak dan ayah kami dah macam lebih daripada kawan baik kami sendiri.. yalah.. kami bebas bercerita tentang apa saja kat mereka.. tak perlu tapis-tapis.. tak perlu sorok-sorok.. hehe.. adik-beradik pun sentiasa saling menyokong antara satu sama lain.. apa-apa hal, masing-masing memang sedia membantu.. macam dalam Twilight masa Laurent, James, dan Victoria datang kacau The Cullens duk main, secara automatik The Cullens berbaris kat depan Bella untuk lindungi dia.. that's what we call a family.. alhamdulillah, syukur..

Gambar bawah ni menggambarkan situasi yang saya maksudkan kat atas.. kalau ditambah seorang lagi perempuan, cukuplah bilangannya seperti bilangan ahli dalam keluarga saya..

[credit to a source from the internet]

Tak lupa pada kawan-kawan yang memahami, terima kasih..

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi
[puisi AKU oleh CHAIRIL ANWAR]

p/s: teringat kata-kata Attokz Dikulgai [sila klik untuk kenal]: "perlu ada satu bentuk doktrin atau ad-din utk membimbing dlm konteks memanusiakan manusia.".. terima kasih banyak-banyak, Attokz.. dan tak lupa, kredit untuk puisi kat atas tu juga... =)

Wednesday, November 11, 2009

- emo -

Saya bukannya baik.. tapi setiap kali saya nak buat "sesuatu" kat orang, saya akan ingatkan diri saya.. dunia ni adil.. hari ni kita buat kat orang, esok orang pula buat kat kita..

What comes around goes around..

p/s: kalau orang suruh rahsiakan sesuatu benda tu, maknanya kunci rapat-rapatlah mulut tu.. kalau tuan punya badan tak nak benda tu dihebohkan, maknanya jangan pula memandai-mandai nak sebarkan.. tu pun tak tahu ke? nak kena beritahu dulu? akai tadak ka?

Saturday, November 07, 2009

- outing -

Selepas beberapa hari [2-3 hari saja kut - hiperbola melampau] saya duk tension terpaksa menghadap berjenis-jenis nota yang memang perlu dihafal 1001 teorinya, hari ni saya melepaskan hampir kesemua "tension" tu.. caranya.. hehe.. seharian duk melepak kat Alamanda Putrajaya.. bersama anak saudara + kakak + abang ipar + adik kepada abang ipar saya.. ada family day pejabat abang ipar saya.. bowling tournament.. best!

Adik kepada abang ipar saya tu banyak kali juga dapat strike.. abang ipar saya pun.. yang paling best, last game adik kepada abang ipar saya tu.. ingatkan satu pin yang tertinggal tu tak dapat dijatuhkan.. rupanya bola tu melengkung pergi kat pin tu.. terkagum kejap saya yang memang tak reti langsung main bowling ni.. tapi.. team abang ipar saya cuma dapat tempat ke-5.. hmm.. jadilah..

Gamaknya malam ni semua pin tu mesti jadi macam ni:

[credit to www.pierotonin.com]

Mula-mula memanglah ingat nak ambil gambar banyak-banyak.. tapi bila sampai sana, saya jadi malu nak keluarkan kamera saya.. apa taknya.. masing-masing punya kamera.. perghhhhh.. Nikon D90.. Nikon D60.. Canon EOS 500D.. Canon EOS 350D.. siap dengan lensa yang tentu saja memakan kos puluhan ribu ringgit.. kalau banding dengan kamera saya, hmm.. tak apalah.. surrender awal-awal..

Jam 8.30 pagi saya tinggalkan bilik "kesayangan" [Isnin ni ada kertas Poetry, jadi semua benda kena sarcastic], jam 6 petang baru saya balik.. fuh.. memang puas hati.. macam nak tercabut skru lutut berjalan.. agaknya kalau saya join juga bowling tadi tu, mesti ni dah "pengsan".. haha..

Tak larat dah nak taip banyak-banyak.. buku tak buka lagi hari ni.. Isnin ni ada paper.. Poetry.. killer subject tu.. carry mark tak tahu mampu duduk atas tong ke tak.. aduh.. kena struggle ni.. tapi rasa macam dah tak larat sangat nak menghadap buku malam ni.. kalau paksa pun tentu tak masuk dah.. hmm.. kalau berangan ni okey juga kut.. huhu.. dah 2-3 malam saya duk berangan tengok Hariz main drum.. hihi.. tak tahu kenapa saya minat sangat drum.. biasanya orang minat gitar.. tapi saya ni minat drum.. hehe.. kalau tak silap, first time saya minat drum lepas tengok drummer Dewa 19 dalam klip video Laskar Cinta.. hah.. ni bukan minat drum.. ni minat drummer.. huahuahua..

[credit to a source from the internet]

Yang pakai baju putih tu tau.. handsome tak? *tongue*

p/s: tension semula bila terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang punya 1001 ragam.. eh, hello.. kalau teringin sangat nak "jual ikan", jangan jual kat sini.. semua orang kat sini datang nak belajar, bukan nak beli ikan! jangan ingat diam tu tandanya setuju.. gunung berapi bila-bila masa saja boleh meletus.. you know who you are.. so, please.. please.. please respect others.. thank you..

Thursday, November 05, 2009

- promo -

Jom ikuti perkembangan Hazelina di..


Dan jangan lepaskan peluang memiliki..

Juga nantikan kelahiran..

Saya dah baca yang ni..

Klik mana-mana yang berkaitan ya.. hehe..

Tuesday, November 03, 2009

- debaran mula terasa -

Dalam duk sibuk menghitung hari, debaran mula terasa dalam diri saya yang serba kekurangan ni.. dup dap dup dap.. hilang kejap sebab kena studi.. lepas tu dup dap dup dap kembali..

Menghitung hari apa? debaran apa? biarlah rahsia.. *wink*

Bukan saya kedekut - tak nak cerita.. tapi.. memang saya jenis manusia yang tak suka cakap banyak tentang benda yang tak sahih lagi - takut malu kalau tak jadi.. na'uzubillah.. ish.. tak boleh.. tak boleh.. la budda.. walau apa pun, benda tu kena jadi juga.. tapi.. saya ni siapalah nak jadikan benda yang belum tentu lagi jadi ke tak.. saya tak berkuasa untuk mengatakan 'kun fayakun'.. hanya DIA satu-satunya yang MAHA BERKUASA untuk menentukan semua tu.. saya catatkan serba sikit kat sini sekadar nak luahkan perasaan.. dan.. sudi-sudikanlah doakan saya ni.. aduh.. berdebarnya.. dup dap dup dap.. dup dap dup dap.. dup dap dup dap..

Thursday, October 29, 2009

- edisi kurang rajin -

Seperti biasa.. minggu ulangkaji = minggu tengok movie [kalau paper lambatlah] - don't do this at home.. jadi setakat hari ni, adalah 2-3 movies saya berjaya khatam + 5-6 movies yang saya berjaya ulang khatam.. hehe.. tak sedar diri betul.. exam dah dekat padahal..

Next paper saya, 4hb.. ada gap seminggu lebih.. mungkin sebab tu saya jadi kurang rajin nak buka buku.. siap berjoli sakan sampai Port Dickson.. hihi.. ala.. bukan joli sangat pun.. pergi sana kan untuk program UM Cares Environment.. sekerat hari saja.. release tension lepas pulun assignments.. huhu..

Antara gambar-gambar tentang UM Cares 350..






Abaikan tarikh kat gambar-gambar tu.. saya lupa tukar setting kamera.. dah lama tak guna, sebab tu lupa.. hehe.. sepatutnya 25 Oktober.. huhu..

Okeylah.. tu saja untuk kali ni..

p/s: wahai mood studi, datanglah...

PENGUMUMAN!!!
FRIENDSTER + MYSPACE RANIA FIRDAUS TELAH DITUTUP...

Friday, October 23, 2009

- kahwin -

Alhamdulillah, dah selesai 1 paper.. ada lagi 6.. hmm..

Lama rasanya tak melalut kat blog ni.. sibuklah kononnya.. tapi sempat lagi balik rumah.. hehe.. sempena Deepavali baru-baru ni, saya melepak kat rumah 5 hari.. UM tak cuti pun.. saya yang isytihar cuti untuk diri sendiri.. alang-alang kelas banyak batal.. tapi termemonteng jugalah 2 kelas.. hihi.. ala.. lagipun balik tu boleh juga minta restu mak ayah untuk exam ni.. sekali dengan sambut hari ulangtahun kelahiran mereka berdua.. siap beli 6 keping pizza + 4 biji kek coklat [share dengan kakak sulung].. ya, 4 biji kek.. walaupun yang sambut birthday cuma 2 orang.. tapi agak-agaknya kek-kek tu habis kat saya saja.. kek coklat, mana boleh tahan.. huhu..

Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran buat ibu bapa saya.. doa saya hanya satu - mereka berdua sentiasa berbahagia duniawi ukhrawi.. aminnn.. sesungguhnya mereka amat bermakna pada saya.. mereka keutamaan saya dalam hidup ni.. tanpa mereka, siapalah saya - entah bila baru saya dapat balas jasa mereka.. sebab tu untuk mereka berdua, saya sanggup korbankan apa saja.. insya-ALLAH..

Hmm.. saya tak boleh mengarut banyak ni.. ada tugasan.. Ahad pula nak kena pergi Port Dickson untuk program UM Care.. ni saya curi masa sikit sekadar untuk meluahkan rasa..

Rasa apa? rasa nak kahwin! Ya, saya nak kahwin!

Tak malu kan? hehe.. nak malu apanya.. normallah.. saya pun dah 22 tahun - kira dah lebih dari cukup umur untuk kahwin.. kakak saya yang 2 orang tu pun dua-dua kahwin awal.. mungkin sebab tu Cik Kak Aini selalu cakap yang saya ni dah kira masuk dalam golongan wajib kahwin.. haha.. memanglah [memang? haih.. tak malu langsung].. tapi calonnya? hmm.. entah siapalah yang nak kat orang macam saya ni.....

10hb baru-baru ni seorang lagi kenalan saya selamat mengakhiri zaman solonya.. alhamdulillah.. yang bakal menyusul pun ada, khabarnya.. dan yang kahwin pada awal tahun baru-baru ni pun katanya sedang menghitung bulan untuk bergelar ibu.. syukur.. murah rezeki mereka.. melalui facebook, saya nampak betapa bahagianya mereka semua.. semoga berkekalan abadan abada, insya-ALLAH.. aminnn..

Bila duk ralit tengok mereka semua bersenang hati, saya disapa 1001 rasa.. salah satunya, rasa terpanggil untuk mengikut jejak langkah mereka.. eh.. jangan pula cap saya ni gatal ataupun miang atau yang sewaktu dengannya.. hakikatnya memang saya adalah antara manusia-manusia yang tak berapa nak bersetuju dengan "coupling".. dan dalam penulisan saya pun sedaya upaya saya cuba elak daripada menulis tentang budaya yang tak tahu berasal dari mana tu [off topic kejap].. bagi saya, kalau dah memang suka sama suka dan memenuhi semua kriteria yang diperlukan tu baiklah terus kahwin.. cinta selepas kahwin lagi indah kan..? macam Hariz dengan Humayra.. ahaks..

Akhir kata buat masa ni.. eh.. saya dah lupa apa yang saya nak tulis tadi.. hehe.. apa taknya, asyik ingat pasal kahwin saja.. wakaka.. ala.. tak ada salahnya pun.. fikir saja.. bukannya dah boleh kahwin betul-betul pun.. belum jumpa calon yang sesuai lagi.. masih mencari.. ya, misi mencari calon.. hmm..

p/s: menantikan Muhammad Syafiq...